Call Now at +6012 287 8785|sales@limabintang.com.my
Minyak Masak 2020-12-26T21:49:08+00:00

Minyak Masak

Sebagai seorang tukang masak yang aktif di tahun 2020, rakyat Malaysia seperti saya mempunyai pelbagai pilihan minyak masak yang boleh digunakan untuk mencipta masakan yang mengecurkan lidah, membangkitkan deria rasa dan mengenyangkan perut.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk menentukan minyak masak terbaik? Terokai senarai kami, dan lengkapkan pengetahuan anda tentang minyak masak terbaik, yang boleh anda dapat di mana-mana kedai runcit seluruh Malaysia.

Pemilihan minyak masak bergantung kepada jenis masakan yang ingin dihasilkan. Keberkesanan dan keselamatan minyak masak bergantung pada daya tahan minyak tersebut terhadap suhu. Memahami daya tahan minyak merupakan elemen penting kerana sesetengah jenis minyak masak mempunyai zat-zat tersendiri yang boleh hilang dek suhu yang panas – sehingga ada yang boleh membahayakan kesihatan jika terlalu panas.

minyak masak di malaysia

Minyak Zaitun

Pakar masakan dan kesihatan bersetujum minyak yang mempunyai pelbagai kegunaan, samada di dalam masakan atau diletakkan di dalam makanan adalah minyak zaitun. Jika anda membeli belah minyak zaitun dan ianya dilabel sebagai ‘extra virgin’ ini bermaksud minyak zaitun itu berkualiti tinggi kerana kurangnya pemprosesan. Mempunyai ketahanan suhu yang rendah, minyak zaitun sesuai digunakan pada suhu yang rendah dan sederhana rendah, bukan untuk gorengan suhu tinggi seperti minyak masak lain.

Bertolli Extra Virgin Olive Oil (RM27.35/500ml) dan Natural Extra Virgin Olive Oil (RM24.69/500ml) merupakan antara minyak masak berasaskan buah zaitun yang paling banyak ditemui di pasaraya-pasaraya terkemuka dan kedai runcit berdekatan anda.

minyak zaitun di malaysia

Minyak Sayuran

Apabila bercerita mengenai minyak sayuran antara yang biasa ditemui di pasaran adalah minyak masak berasaskan jagung, kelapa sawit, kanola dan macam-macam lagi di pasaran. Meski ramai pakar dietetik dan kesihatan menyarankan minyak masak berasaskan buah zaitun kerana zat-zat yang terkandung secara semulajadi di dalam minyak zaitun itu sendiri. Sebagai rakyat Malaysia kebanyakan akan memilih minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai pilihan utama.

Daya ketahanan panas yang tinggi dan mampu menjadi pemacu pelbagai jenis masakan tempatan, memang tidak disangkal lagi minyak masak berasaskan kelapa sawit menjadi pilihan tukang masak seantero Asia Tenggara.
Seri Murni (RM24.65/5kg), Alif (RM14.59/3kg) dan Buruh (RM6.19/1kg) merupakan diantara pilihan utama minyak masak buat surirumah di Malaysia.

minyak sayuran di malaysia

Minyak Kelapa

Tidak semestinya digunakan untuk masakan, minyak berasaskan kelapa (dikenali minyak kelapa) juga boleh digunakan sebagai makanan tambahan jika ia tidak digunakan untuk menumis atau memanggang. Mempunyai ketahanan suhu yang sederhana, pakar kesihatan menyatakan bahawa minyak berasaskan kelapa sesuai digunakan sewaktu ia panas dan tidak ketika sejuk kerana ia akan mengeras pada suhu bilik.

Country Farm Organics Extra Virgin Coconut Oil (Rm64.99/1L) dan Love Earth Organic Extra Virgin Coconut Oil (RM31.90/500ml) merupakan antara pilihan sedia ada di pasaran.

minyak kelapa di malaysia

Minyak Kacang

Minyak masak berasaskan kacang (dikenali minyak kacang) atau Peanut Oil terkenal dengan rasa kacang apabila digunakan. Bukan sahaja ia merupakan diantara minyak masak di dalam pasaran yang mempunyai rasa tersendiri, ia juga tinggi omega-6 yang membantu merendahkan kolesterol, JIKA DIGUNAKAN DENGAN BERHATI-HATI.

Digunakan secara komersil di luar Malaysia atau Asia Tenggara, ianya merupakan pilihan utama, selain minyak masak berasaskan kelapa sawit yang boleh digunakan untuk masakan bersuhu tinggi.

minyak kacang di malaysia

Minyak Bijan

Dengan kandungan antioksidan yang tinggi, minyak bijan juga boleh digunakan untuk masakan bersuhu tinggi. Meski tidak banyak digunakan di dalam masakan Melayu, ambil inspirasi dari masakan Cina dan cuba pelbagaikan kegunaan minyak bijan di dalam salad atau bubur anda. Ia juga sesuai digunakan di dalam hidangan yang melibatkan tumisan.

Lee Kum Kee Pure Sesame Oil (RM9.55/207ml) dan Golden Cock Brand Sesame Oil (RM16.65/630ml) merupakan antara pilihan popular di pasaran.

minyak bijan di malaysia

Senarai Minyak Masak Di Malaysia

Meski senarai ini tidak menceritakan minyak mana yang lebih baik/buruk, mempelbagaikan kegunaan minyak masak mengikut kesesuaian bukan sahaja membina asas untuk mencapai kesihatan yang lebih baik. Tetapi ianya merupakan elemen penting untuk membuka selera kita kepada rasa yang baru khususnya apabila ia melibatkan esksperimentasi masakan di rumah.

Selamat mencuba!