Harga Minyak Masak
Penstabilan harga minyak masak menjadi salah satu inisiatif kerajaan dalam menangani isu ekonomi negara. Perkara ini dapat dilihat menerusi perbentangan Belanjawan 2021 baru-baru ini iaitu melalui Program Penstabilan Harga Minyak Masak yang berjumlah RM400 juta.
Seperti yang ditetapkan oleh kerajaan sebelum ini melalui Skim Penstabilan Harga Minyak Masak, harga bagi sebotol minyak masak dengan berat 1 kilogram (kg) dan ke atas akan mengikut harga pasaran di Malaysia. Sementara, harga minyak masak paket 1 kg dijual dengan harga kekal iaitu RM 2.50
Minyak masak merupakan bahan utama dalam masakan harian terutamanya menggoreng. Tentunya isu harga minyak masak menarik perhatian terutamanya dari para ibu, isteri, peniaga dan juga netizen.
Kalau nak semakkan harga segera, terus Whatsapp Mr Lim
Tempoh PKP Menambahkan Pengunaan Minyak Masak
Apatah lagi aktiviti memasak telah menjadi satu hobi yang popular sejak berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) pada bulan Mac 2020 yang lalu. Fenomena memasak menjadi lebih hangat apabila netizen teruja ingin mencuba setiap resepi yang menjadi ‘viral’ dan memuat naik hasil masakan mereka.
Bagi menyempurnakan tugas memasak, penggunaan minyak masak di dalam hidangan adalah satu keperluan yang wajib. Penggunaan minyak masak di dalam hidangan menaikkan aroma kewangian dan kesedapan masakan
Oleh itu, memilih minyak masak yang terbaik sering menjadi salah satu topik perbincangan terutamanya di antara kaum wanita. Kebanyakan daripada mereka cenderung memilih minyak masak yang bermanfaat ke arah kesihatan
Apa Itu Minyak Sayuran?
Minyak sayuran ialah minyak yang berasaskan daripada tumbuhan. Terdapat pelbagai jenis minyak sayuran yang boleh didapati dipasaran seperti minyak kelapa, minyak zaitun, minyak kacang, minyak bijan dan lain-lain.
Minyak Zaitun
Di pasaran Malaysia, terdapat dua jenis minyak zaitun iaitu minyak zaitun ringan (minyak zaitun biasa) dan minyak zaitun dara tambahan. Minyak zaitun tidak sesuai digunakan di dalam masakan terutamanya pada suhu yang tinggi.
Minyak zaitun mengandungi lemak monotaktepu yang tinggi dan juga merupakan bahan utama dalam diet Mediteranean. Pada tahun 2018, minyak zaitun telah diiktirafkan sebagai diet yang terbaik.
Minyak zaitun memberi manfaat kepada kesihatan sistem kardiovaskular kerana ianya kaya dengan polifenol dan antioksidan serta mengandungi Omega-3 dan Omega-6 asid lemak tak tepu,
Hidangan yang sesuai untuk minyak zaitun dara tambahan ialah salad dan sandwic.
Minyak Kelapa
Minyak kelapa diekstrak daripada isi kelapa dan merupakan sebahagian penting daripada masakan tropikal. Minyak kelapa ini sesuai digunakan untuk masakan dari haba yang sederhana. Oleh itu, kebanyakan industri pembuatan kek dan pastri menggunakan minyak ini. Minyak kelapa boleh disimpan selama lebih daripada setahun kerana ia mempunyai jangka hayat yang panjang.
Minyak kelapa membawa banyak faedah kepada kita seperti penurunan berat badan, mengawal kencing manis dengan lebih baik dan menguatkan sistem imunisasi badan. Minyak ini juga digunakan sebagai alternatif lain sebagai contoh pengganti mentega.
Minyak Kacang
Minyak kacang tanah mempunyai bau kacang yang kuat dan warna yang pucat. Simpanlah minyak kacang tanah di tempat yang dingin dan kering kerana ia boleh menjadi tengik dengan cepat.
Minyak kacang tanah ini sesuai digunakan untuk menggoreng kerana mempunyai titik asap yang tinggi. Minyak ini juga mengandungi lemak monotaktepu dan politaktepu yang seimbang tetapi mempunyai lemak tepu yang tinggi berbanding yang lain.
Minyak kacang tanah menjadi pilihan untuk semua hidangan bakar dan tumis. Minyak kcang juga mengandungi phythosterol yang merupakan baik untuk jantung malah minyak sayuran memberi kebaikan seperti menurunkan kolestrol dan menghalang perkembangan kanser.
Minyak Bijan
Minyak bijan jarang digunakan di dalam masakan malah biasanya digunakan sebagai tambahan rasa lebih. Simpanlah minyak bijan di dalam peti sejuk kerana ianya menjadi tengik dengan cepat. Dari segi aspek kesihatan, minyak bijan tidak memberi manfaat yang ketara walaupun mempunyai nutrien yang agak baik.
Kesimpulannya, pilihlah minyak berdasarkan khasiat dan juga jumlah minyak yang digunakan. Berikan lebih perhatian kepada cara pemakanan yang sihat dan cara masakan yang betul.