Lima Bintang Food Supply memulakan perniagaan sebagai pemborong dan pembekal ayam di Kuala Lumpur sejak 15 tahun dahulu. Kami membekal ayam segar, ayam frozen dan telur ayam. Kami membekalkan pelbagai jenis bahagian daging ayam. Jenis-jenis daging ayam yang dibekalkan termasuklah isi ayam, peha ayam, chicken chop, tulang ayam, sayap ayam, paha ayam, ayal bulat dan ayam potong. Sila menghubungi kami jika anda perlukan pembekal ayam untuk kafeteria, restoran atau tujuan perniagaan yang lain-lain. Servis tambahan kami termasuklah servis penghantaran ayam di kawasan Klang Valley. Anda boleh dapatkan ayam kampung segar dengan kami secara talian hotline terus.
Lima Bintang Food Supply merupakan pembekal ayam yang jujur dan bertanggungjawab. Harga-harga ayam akan dikemaskini setiap hari mengikut harga pasaran dan kami akan membekalkan harga yang paling berpatutan untuk anda. Sila tekan butang di sini untuk mendapatkan harga ayam terkini! Lima Bintang Food Supply merupakan pembekal ayam halal. Semua produk ayam kami disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ayam-ayam yang dibekalkan oleh kami diyakini Halal & sesual dengan motto “Halal, Segar, Suci”. Kami sentiasa memastikan bahawa kualiti ayam terkawal supaya kualiti makanan pelanggan kami akan terjamin.
Lima Bintang Food Supply juga sebuah syarikat kepunyaan warganegara Malaysia. Kami memulakan perniagaan kami sebagai pembekal makanan sejuk beku terutamanya ayam sejuk beku dan mengedarkan kepada restoran dan kafe tempatan. Kami ingin mengambil
kesempatan dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelanggan kami yang setia dan banyak memberi penyokongan dengan senantiasa membuat tempahan dengan kami. Dengan sokongan dan nasihat yang diberi oleh para pelanggan, Lima Bintang Food Supply
lebih mengetahui permintaan pasaran terkini dan pengalaman yang diperolehi tersebut membantu dalam perkembangan perniagaan kami. Atas permintaan para pelanggan, kami mengembangkan perniagaan kami dari hanya pembekal ayam sejuk beku kepada pembekal
ayam segar, telur ayam dan lain-lain yang berkaitan dengan ayam.
Kami pernah mengalami krisis kekurangan stok tempahan dimana kami tidak dapat membekalkan stok yang secukupnya kepada pelanggan kami. Namun demikian, reputasi dan pengalaman kami yang bagus di pasaran menbuatkan kami sempat mendapat bantuan daripada pembekal-pembekal ayam yang lain untuk mengharungi cabaran besar ini. Lima Bintang Food Supply akan senantiasa mengekalkan hubungan baik dan harmoni dengan semua pelanggan dan juga pembekal-pembekal di pasaran agar dapat memastikan kualiti perkhidmatan dan mengekalkan hubungan perniagaan dalam jangka masa yang panjang. Para pelanggan juga dapat mengurangkan kerisauan dalam kekurangan stok jika bertempah stok dengan kami.


Visi
Kami bervisi untuk menjadi pembekal ayam segar dan sejuk beku terbesar di Malaysia yang dapat menyediakan produk berkualiti dan terbaik kepada pelanggan terhormat kami sementara memastikan kawasan persekitaran juga dilindungi.
Misi
Kami berjanji untuk membekalkan ayam segar dan sejuk beku yang berkualiti kepada pelanggan terhormat kami melalui kaedah pengendalian yang mengutamakan kebersihan, keselamatan, kesihatan dan halal.